Login Form

User Rating:  / 0
PoorBest 

BANDUNG

Kota Bandung mempunyai banyak tempat menarik; selain dengan factory outlet nya yang terkenal dengan pusat membeli-belahnya, suasana atau keadaan muka bumi di sana juga mempunyai tarikannya yang tersendiri. Keadaan iklimnya yang agak dingin iaitu sekitar 22 darjah celcius memberikan suasana nyaman yang disertai pula dengan keadaan tanah tinggi dan beberapa gunung berapi yang terkenal.

Oleh itu maka tidak hairanlah ianya setiasa dikunjungi oleh masarakat tempatan atau luar negara. Pada hujung minggu kita akan dapati ramai penduduk dari Jakarta turun ke Bandung untuk melepaskan diri daripada kesesakan kota. Begitu juga dengan pelancong luar negara, hampir 90 peratus adalah orang-orang Malaysia dan keduanya diikuti oleh rakyat Singapura.  

Di antara tempat-tempat menarik yang menarik untuk dilawati ialah:

 Gunung Tangkuban Perahu

Merupakan kawasan gunung berapai yang paling popular dan ramai dikunjungi. Ianya boleh dikatakan tempat yang mesti dikunjungi terutamanya kepada mereka yang pertama kali ke Bandung. Ianya terletak di kira-kira 20 km dari utara kota Bandung.  Gunung ini berketinggian sekitar 2,084 metar dari aras laut, oleh itu suhu pada waktu siangnya sekitar 17 darjah celsius.

 

Secara purata, terdapat lebih kurang 300-400 orang akan melawat Gunung Tangkuban Parahu setiap hari. Jumlahnya mungkin bertambah terutama pada cuti sekolah dan cuti umum. Pemandangan dari atas puncak gunung ini agak cantik, dimana kita akan dapat melihat pemandangan gunung-ganang di bawahnya. 

Ciater Hot Spring

 

Dari Gunung Tangkubang Parahu ianya mengambil masa lebih kurang 30 minit sahaja. Jadi ianya boleh disinggah apabila pulang dari Tangkuban Parahu. Ciater Hot Spring merupakan kolam air panas yang berasal dari gunung berapi di sekitarnya, ianya sangat sesuai untuk merehatkan dan menyegarkan badan sama ada mandi atau merendam kaki. Ada yang berpendapat, dengan mandi air panas yang bercampur belerang itu boleh merawat beberapa jenis penyakit kulit.

 

Di sini juga ada restoran dan gerai-gerai jika anda mahu makan atau minum. Selain itu, di sini juga ada aktiviti menungang kuda untuk hiburan anak-anak atau sekadar mengambil gambar untuk kenangan. Di sini juga terdapat tempat untuk camping, gelangang tenis dan sebagainya.

Factory outlet dan pusat membeli belah:

 

  • Pasar Baru - pusat pakaian
    • Pasar Baru dibuka dari jam 9.00pagi sampai 5.00 petang dan ianya mempunyai 4 tingkat.  Pengunjung di sini agak ramai oleh itu untuk mengurangkan kesesakan, adalah lebih-baik jika anda datang awal pagi.
    • Merupakan tempat membeli belah paling popular bagi pelancong asing.
    • Di sini anda boleh mendapatkan produk kain ela,baju kebaya,telekong dan bermacam-macam lagi pakaian yang diperbuat daripada kain kapas, sutera, setin dan sebagainya. 
    • Terdapat pakaian moden dan tradisional seperti kebaya dan sebagainya. Pakaian dan aksesori untuk perkahwinan pun boleh didapati.
    • Pakaian sembahyang untuk wanita dan lelaki cukup banyak, anda perlu pilih sahaja. Begitu juga dengan pakaian kanak-kanak.
    • Peniaga-peniaga di sini sudah sangat biasa dengan pelancong dari Malaysia. Oleh itu pandai-pandailah anda membuat tawar-menawar. Harga pakaian di Pasar Baru memang lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia, lebih-lebih lagi jika anda membeli secara borang.  
    • Kualiti pakaian ada bermacam-macam, oleh itu anda haruslah pandai memilih untuk mendapatkan pakaian yang bermutu.
    • Jika anda mempunyai banyak masa, anda boleh membuat perbandingan dengan beberapa kedai bagi mendapatg gambaran harga bagi sesuatu barang atau pakaian yang anda ingin beli.
    • Walaubagaimanapun, jika anda merasakan harga yang ditawarkan sudah cukup murah...anda boleh beli sahaja kerana di Pasar Baru memang banyak sangat kedai dan anda mungkin tidak sanggup untuk pergi ke semua kedai untuk membuat perbandingan harga.
    • Sedikit tips jika membeli di Pasar Baru iaitu jaga barangan anda.  Bagi lelaki, lebih baik letakan dompet anda pada poket depan. Bagi yang membawa beg sandang, letakan di bahagian depan..bukan di sebelah sisi lebih-lebih lagi belakang.  Pastikan passport anda disimpan dengan baik kerana dikuatiri tercicir dan sebagainya.  Bagi mereka yang membawa anak-anak kecil, sila jaga dan perhatikan mereka setiap masa.
  • Rumah Mode
    • Antara factory outlet yang terbesar di Bandung dan ianya memang sentiasa ramai dikunjungi terutama pada hujung munggu.
    • Di sini banyak terdapat pakaian wanita, pakaian lelaki dan pakaian kanak-kanak dan kebanyakannya adalah pakaian  kasual jeans dan t-shirt
  • Haritage
    • Kawasan yang popular di mana terdapat banyak jenis pilihan pakaian
    • Bangunannya seakan bangunan pengaruh penjajah dan terdapat juga cafe/restoran di sekitarnya
  • Donatello
    • Barangan kulit jenama tempatan seperti kasut, beg wanita, tali pingang, beg galas dan bermacam-macam lagi.
  • Cihampelas shopping street
    • Jeans dan bermacam-macam pakaian ada di sini
    • Harganya memang murah dan berbaloi
  • For Men
    • Sesuai dengan namanya - ianya untuk barangan lelaki sahaja
    • Tempat yang sangat sesuai untuk lelaki di mana anda boleh dapatkan apa sahaja di sini dengan harga yang berpatutan
    • Sangat sesuai bagi lelaki/suami untuk membeli belah di sini sementara menunggu isteri membeli-belah di tempat kegemaran mereka
  • The Secret
    • Tempat yang popular dengan pakaian yang berjenama
    • Pakaian kanak-kanak juga ada di sini
    • Suasananya juga sesuai untuk santai-santai, wifi pun ada di sini
  • Jalan Cihampelas (cihampelas walk)
    • Pusat perbelanjaan mewah - ianya bersih dan nyaman
    • Pada sebelah malam, ianya dihiasi dengan lampu-lampu yang menarik - sesuai untuk bersiar-siar bersama kawan dan keluarga
  • Jalan Cibadayut - terkenal dengan barangan kulit
    • Barangan utama di sini ialah beg tangan dan kasut kulit untuk wanita dan juga lelaki. ianya mempunyai deretan kedai antara yang terpanjang di Asia.
    • Jalan Cibaduyut memang sangat popular dengan kasut/sepatu kulit sehinggakan jalan masuk utama di Jalan Cibaduyut telah dibina patung kasut yang besar. Oleh itu, jika anda nampak patung kasut yang besar, maka bermakna anda sekarang sedang barada di Jalan Cibaduyut.  Jarak dari pusat bandar hanyalah sekitar 30 minit sahaja.
    • Jika anda ingin menempah kasut pn boleh dan harganya memang murah dengan kualiti yang baik.
    • Selain kasut, terdapat juga banyak barangan yang diperbuat daripada kulit seperti jaket kulit, topi kulit, tali pingang kulit, dompet kulit, sandal dan sebagainya
  • Jalan Dago - pusat fesyen terkini yang menawarkan pelbagai pakaian model terkini untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Antara factory Outlet di sini ialah:
    • Blossom
    • Grande
    • Rafles
    • Glamour
    • Runaway
    • Jetset
    • Centre Branded

Pendek kata, anda boleh berbelanja sehingga puas di sini. Harga yang ditawarkan juga lebih murah jika dibandingkan dengan harga yang terdapat di Malaysia. Oleh kerana nilai mata wang Malaysia yang agak tinggi berbanding dengan rupiah, kita boleh berbelanja lebih dengan nilai wang yang sama jika berbelanja di Malaysia. Walaupun banyak tempat yang hendak dikunjungi, tetapi anda tidak terasa sangat bahang panas seperti di Malaysia kerana udara di sini agak dingin - ianya memang santai !

Makanan

Restoran SapuLidi 

Sapulidi Cafe adalah satu konsep restoran dengan rekabentuk dan dihiasi dengan suasana kampung yang unik serta masakan kampung yang menarik. 

menu popular yang terdapat disini seperti:
Ayam Kahaseupan (salai ayam dengan gaya Sapulidi), Ayam Bakar Warisan,
Ramuan Nenek Sihir dan lain-lain.